Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo :)
Wahh! Pagi-pagi buta aku dah bangun semata-mata nak update blog ni :3 Huhu. Eh, mestilah kan. Dah lama kot aku tak update blog ni disebabkan beberapa masalah -.- So, sekarang banyak benda yang aku nak share story dekat korang. Bak kata orang putih, Sharing is Caring. Ngehngeh -..- Pagi-pagi dah merepek. Haha it's okay, kita sepatutnya mulakan pagi kita dengan senyuman :) Am I right?
Okay, apa-apapun aku nak ucapkan Good Morning to world and of course, untuk korang jugak :D Kita sepatutnya bersyukur kerana diberi lagi peluang untuk bernafas dan menjalani hidup seperti biasa. Itulah yang dikatakan rahmat Allah. Kita diberi peluang untuk perbetulkan kesilapan/kesalahan kita di dunia ini. Jadi, kita ini adalah di kalangan orang yang bertuah kerana diberi peluang seperti itu daripada-Nya :) Betul, bukan?
Apa-apapun, kita jangan lupa hidup dan mati itu di tangan Allah. Sentiasa berwaspadalah dan bersedia untuk semua itu di samping berdoa. Itulah yang terbaik :) Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui.